Daunpisang

Suka Menyanyi Tapi Suara Sumbang? Jangan Risau, Guna Saja LaDiDa

LaDiDa jadikan anda penyanyi profesional

Anda suka menyanyi? Gila karaoke? Tapi segan sebab suara anda mungkin sumbang. Janganlah risau sangat sebab ada aplikasi yang boleh menukar suara menjadi merdu bagai suara Yuna dan Hafiz AF.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah muat turun aplikasi LaDiDa untuk iPhone seterusnya menyanyilah sesuka hati anda. Boleh dikatakan, daripada anda melalak untuk 'key' tertentu bagi lagu pilihan anda, biarkan saja app ini menentukan key yang bersesuaian dengan anda.

LaDiDa adalah app karaoke yang menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) yang membantu anda menyanyi seolah-olah penyanyi profesional. Anda hanya perlu menyanyi atau rap mengadap telefon dan app ini akan menganalisa suara anda dan mengubah rima muzik kepada ton yang bersesuaian.

Hanya menyanyi di hujung mikrofon iPhone

Bukan itu saja, app sama membolehkan anda memasukkan instrumen penting seperti gitar. Aplikasi ini membolehkan pembetulan 'pitching', 'reverb', 'flange', korus dan 'delay' (semuanya bahasa muzik). LaDiDa akan memastikan kualiti suara anda setaraf studio!

Saya galakkan anda gunakan pembesar suara atau fon telinga untuk merakamkan audio suara anda. Cara gunannya pun cukup mudah, hanya tekan butang rakam dan pilih gaya serta tempo sebelum menyanyi atau rap pada muzik.

Kemudian, tekan saja butang Play untuk mendengar muzik yang LaDiDa ciptakan untuk anda. Manakala muzik latar belakang pula akan menepati lagu yang dinyantikan. Anda juga boleh mendengar lagu anda mengikut gaya yang berbeza.

Tekan butang merah untuk rekod suara

Setakat ini, ada beberapa gaya lagu termasuk E Piano Pop, Rhythm Synth Pop, Dub Tone dan A Capella manakala bunyi gitar pula memungkinkan anda mendapatkan pilihan seperti rock akustik, unplugged, Bonfire, Guitar Six Eight dan Offbeat Strum.

Cuba gaya rap juga bersama tiga gaya utama iaitu Underground Rap, Tasty Breaks Rap atau Dirty South Rap. Memang best! Kemudian kongsi lagu yang dinyanyikan terus ke Facebook, Twitter atau emel. Pasti anda akan menjadi popular!

Opps! App ini bukan percuma tapi harganya tidaklah mahal, cuma kira-kira RM6 saja. Oh ya! Kalau anda pengguna iPod Touch, anda masih boleh menggunakan app ini cuma perlu memasukkan fon telinga bersama.

Pilih lagu yang bersesuaian
Loading...

Popular Blog Posts

Friend's Activity